24 June 2009
Tips Asas menghadiri Temuduga Kerja Kerajaan..
Untuk bergelar sebagai penjawat awam,anda perlu melalui temuduga terlebih dahulu samada melalui SPA Persekutuan mahupun SPA Negeri mahupun kementerian/agensi yang terbabit.Apabila anda telah mengisi boring permohonan bagi jawatan dalam SPA,jika berjaya,anda akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.
Adakah anda membuat persediaan bagi menghadapi temuduga tersebut?tahukah anda bahawa tanpa membuat apa-apa persediaan sebelum menghadiri temuduga,kebarangkalian anda untuk berjaya adalah amat kecil.Itupun jika anda memang dilahirkan sebagai orang yang hebat dan genius.Tidak kira anda berkelulusan luar Negara mahupun dalam Negara,ianya tidak menjamin anda akan lulus temuduga tersebut.
Untuk menghadiri temuduga,anda perlu tahu beberapa perkara asas terlebih dahulu.Disini saya akan berkongsi dengan anda beberapa tips tersebut…
Yang Patut Anda Elakkan Semasa Temuduga:-
Berikut adalah perkara-perkara yang sepatutnya anda elakkan ketika berada dalam bilik temuduga untuk mengelakkan penemuduga barasa bosan dan menyampah kepada anda:
1- Bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan atau tidak kena mengena dengan soalan yang ditanya secara keterlaluan/berlebihan.
2- Tidak memberikan tumpuan/focus kepada penemuduga tertentu apabila ditemuduga lebih dari seorang penemuduga.
3- Mengelak dari menjawab soalan penemuduga atau mengalih perhatian panel dengan bercakap kepada perkara lain.
4- Memandang rendah akan pengetahuan penemuduga konon-kononnya andalah yang terbijak,ini dapat dilihat dengan jawapan yang anda berikan.
5- Menggunakan nama-nama orang berpangkat/besar dalam temuduga anda (kononnya ada kabel besar la ni ) dengan harapan penemuduga tersebut kagum dengan anda
6- Mencabar penemuduga dengan bertanyakan soalan yang rumit dan terlalu teknikal ( sepatutnya panel yang Tanya anda,bukannya anda menanyakan panel..)
Perkara-perkara ini bukan sahaja membosankan dan membengangkan penemuduga,malah dan membuatkan penemuduga merasa muak dengan anda dan seterusnya menggelapkan peluang untuk anda dipilih.Jadi,elakkan perkara-perkara sebegini berlaku!kadangkala kita tidak menyedari apa yang kita buat tu sebenarnya membuatkan orang tidak suka pada kita walaupun kita sendiri merasakannya sangat bagus.
Bersambung di episod akan datang dengan tips yang lebih menarik….
Dipetik dari: Tips asas menghadiri temuduga kerja kerajaan
Oleh : Jamal
21 June 2009
Selamat Tinggal Jordan
Hari yang merupakan hari paling bermakna bagi seorang student,sama la macam aku..hehe..tapi kat sini tak sama macam konvo kat malaysia..majlis konvo kat sini sekejap jer..tak sampai 30 minit pon..dah la dlm Gim tu bising sangat...walaupun takde mak ngan abah masa majlis tersebut tapi tak la rase sedih sangat sebab dekat malaysia nanti pon kitaorang degree ikip ni ada lagi konvo kt kuantan nanti..hehe..tak sabar nak balik..ku doakan yang terbaik buat kalian....


Urusan Jamiah..
Sedar tak sedar hampir berakhir langkahku di bumi jordan…bila dah selesai semua urusan di jamiah maka hilanglah statusku sebagai pelajar yarmouk..sedihnyer…hanya tinggal lebih kurang 5 minggu jer lagi aku di bumi arab ini..lepas ni tak tahu la bila lagi peluang aku akan ke sini lagi..urusanku di jamiah dh hampir siap..cme tinggal nk pulangkan jubah konco dan ambil cop jamiah saja lagi..tak sabar aku nk siapkan urusan kat jamiah ni..ak dah x larat nak berebut ngan arab2 n..terutama bila nk bayar rusum(yuran).kalau tak nak beratur berjam-jam kene la pergi pagi-pagi..dah 2 hari aku terpaksa kuatkan semangat bangun pagi-pagi sebab nk pergi wat urusan di jamiah..kul 8 dah kene pergi..petang baru balik..itu pon belum tentu boleh siap semua urusan boleh siap..sebab banyak benda yang kene buat..penat sangat kulu kilir dalam jamiah tu..tambah-tambah lagi sekarang n musim panas..tuhan saja yang tau..tapi tak kesahlah..yang penting aku dah boleh balik Malaysia..hehe..sekarang ni tak la ap dalam hati ni..sedih,gembira x sabar..semuanya telah bergabung menjadi satu..hehe..semoga Allah memudahkan segala urusan kami..aminnnn..
11 June 2009
" Sanah Helwah "
01 June 2009
Kenapa Aku Diuji????
KENAPA AKU DIUJI ?
" Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman," sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. "
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
" ..... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. "
-Surah Al-Baqarah ayat 216
" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286
" Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman. "
-Surah Al-Imran ayat 139
" Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu
dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah
supaya kamu beruntung. "
-Surah Al-Imran ayat 200
-Surah Al-Baqarah ayat 45
" Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka ..... "
-Surah At-Taubah ayat 111
" ..... Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal. Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang agung. "
-Surah At-Taubah ayat 129
-Surah Yusof ayat 87
Sajak Buat Teman
Teman
Persahabatan yang terjalin kini
Hasil kemesraan kita semalam
Andainya ia hancur di ambang esok
Pastinya kita kan bermusuhan adakah perpisahan ini
Menjadi jurang antara kita
Tiada ku tahu kau sebenarnya
Menganggap keakraban kita selama ini
Hanyalah satu permainan
Dan bukannya mahar dalam persahabatan….
Teman
Andainya ada sembilu
Yang pernah menusuk hatimu
Maaf ku pohon
Tapi kiranya ada madu yang terpalit padamu
Jangan kau buangkan ianya
Kerna ianya bisa menjana mindamu…
Mengimbas memori kita bersama
Lantas menjernihkan suasana
Yang mengeruhi kolam persahabatan ini
Teman
Laman pertalian ini kian tandus
Kemesraan makin gersang gurau-senda
Lantas bunga-bunga keakrabannya
Turut layu menyembah bumi
Siramilah ia semula
Dengan air kesetiaanmu
Suburkanlah kembali
Dengan baja kelembutanmu
Tapi usah kau lontarkan ia
Dengan batu keangkuhanmu
Kerana diriku sesungguhnya
Bukan keronsangmu……