24 June 2009

Tips Asas menghadiri Temuduga Kerja Kerajaan..

suatu hari aku telah melayari satu laman web,lalu aku pon terjumpa la menda alah n..lalu aku pon ambil la supaya aku dapat berkongsi dengan kawan-kawan yang bakal menempuh alam pekerjaan....semoga ia dapat membantu kita sewaktu menghadiri temuduga nanti...insyaallah..

Untuk bergelar sebagai penjawat awam,anda perlu melalui temuduga terlebih dahulu samada melalui SPA Persekutuan mahupun SPA Negeri mahupun kementerian/agensi yang terbabit.Apabila anda telah mengisi boring permohonan bagi jawatan dalam SPA,jika berjaya,anda akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Adakah anda membuat persediaan bagi menghadapi temuduga tersebut?tahukah anda bahawa tanpa membuat apa-apa persediaan sebelum menghadiri temuduga,kebarangkalian anda untuk berjaya adalah amat kecil.Itupun jika anda memang dilahirkan sebagai orang yang hebat dan genius.Tidak kira anda berkelulusan luar Negara mahupun dalam Negara,ianya tidak menjamin anda akan lulus temuduga tersebut.

Untuk menghadiri temuduga,anda perlu tahu beberapa perkara asas terlebih dahulu.Disini saya akan berkongsi dengan anda beberapa tips tersebut…

Yang Patut Anda Elakkan Semasa Temuduga:-

Berikut adalah perkara-perkara yang sepatutnya anda elakkan ketika berada dalam bilik temuduga untuk mengelakkan penemuduga barasa bosan dan menyampah kepada anda:

1- Bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan atau tidak kena mengena dengan soalan yang ditanya secara keterlaluan/berlebihan.
2- Tidak memberikan tumpuan/focus kepada penemuduga tertentu apabila ditemuduga lebih dari seorang penemuduga.
3- Mengelak dari menjawab soalan penemuduga atau mengalih perhatian panel dengan bercakap kepada perkara lain.
4- Memandang rendah akan pengetahuan penemuduga konon-kononnya andalah yang terbijak,ini dapat dilihat dengan jawapan yang anda berikan.
5- Menggunakan nama-nama orang berpangkat/besar dalam temuduga anda (kononnya ada kabel besar la ni ) dengan harapan penemuduga tersebut kagum dengan anda
6- Mencabar penemuduga dengan bertanyakan soalan yang rumit dan terlalu teknikal ( sepatutnya panel yang Tanya anda,bukannya anda menanyakan panel..)

Perkara-perkara ini bukan sahaja membosankan dan membengangkan penemuduga,malah dan membuatkan penemuduga merasa muak dengan anda dan seterusnya menggelapkan peluang untuk anda dipilih.Jadi,elakkan perkara-perkara sebegini berlaku!kadangkala kita tidak menyedari apa yang kita buat tu sebenarnya membuatkan orang tidak suka pada kita walaupun kita sendiri merasakannya sangat bagus.

Bersambung di episod akan datang dengan tips yang lebih menarik….

Dipetik dari: Tips asas menghadiri temuduga kerja kerajaan
Oleh : Jamal

21 June 2009

Selamat Tinggal Jordan

Hari Konvokesyen..

Hari yang merupakan hari paling bermakna bagi seorang student,sama la macam aku..hehe..tapi kat sini tak sama macam konvo kat malaysia..majlis konvo kat sini sekejap jer..tak sampai 30 minit pon..dah la dlm Gim tu bising sangat...walaupun takde mak ngan abah masa majlis tersebut tapi tak la rase sedih sangat sebab dekat malaysia nanti pon kitaorang degree ikip ni ada lagi konvo kt kuantan nanti..hehe..tak sabar nak balik..ku doakan yang terbaik buat kalian....

Bergambar dengan member 1 batch

Manis,ana,Mashi

Mariam(arab),Mashi,Anis




Bergambar dengan Mariam..member 1 kelas

Dengan Adik-adik


Selepas majlis...

barisan Pensyarah & rois jamiah

Sebelum majlis

Nadiah & aku

Urusan Jamiah..

Sedar tak sedar hampir berakhir langkahku di bumi jordan…bila dah selesai semua urusan di jamiah maka hilanglah statusku sebagai pelajar yarmouk..sedihnyer…hanya tinggal lebih kurang 5 minggu jer lagi aku di bumi arab ini..lepas ni tak tahu la bila lagi peluang aku akan ke sini lagi..urusanku di jamiah dh hampir siap..cme tinggal nk pulangkan jubah konco dan ambil cop jamiah saja lagi..tak sabar aku nk siapkan urusan kat jamiah ni..ak dah x larat nak berebut ngan arab2 n..terutama bila nk bayar rusum(yuran).kalau tak nak beratur berjam-jam kene la pergi pagi-pagi..dah 2 hari aku terpaksa kuatkan semangat bangun pagi-pagi sebab nk pergi wat urusan di jamiah..kul 8 dah kene pergi..petang baru balik..itu pon belum tentu boleh siap semua urusan boleh siap..sebab banyak benda yang kene buat..penat sangat kulu kilir dalam jamiah tu..tambah-tambah lagi sekarang n musim panas..tuhan saja yang tau..tapi tak kesahlah..yang penting aku dah boleh balik Malaysia..hehe..sekarang ni tak la ap dalam hati ni..sedih,gembira x sabar..semuanya telah bergabung menjadi satu..hehe..semoga Allah memudahkan segala urusan kami..aminnnn..

11 June 2009

" Sanah Helwah "

eemm..dah lame aku tak update blog n..nasib tak bersawang je..hehe..4 hari lepas aku dan ahli-ahli rumah yg lain pergi amman rumah ust sulaiman(pengarah MSD).kitaorang tido kat sana selama 3 malam..itu pon sbb tolong k.long memasak untuk majlis 8hb tu..sbnarnye majlis tu jugak sempena hari lahir mak wan yg ke-60.seronok sgt sebb dpt dpt sambut besday mak wan..inilah kenangan terakhir kt jordan yg aku x akan lupakan..selain dari majlis untuk mak wan, ustaz jugak jmput student-student yg nk khirij.ustaz ckp ni je wktu yg ada untuk jmper smua pelajar yg nk khirij..dlm mase 3 hari ni mcm2 yg ak dapat dari makwan..seronok sangat sbb dpt bljar macam-macam..wt kuih donat,karipap,kuih bingka,kuih buah melaka..hehe.mak wan pandai masak..msakan mak wan smua sdap2..sblum balik hari tu smpat la amik resepi kt mak wan..hehe..lepas je habis mjlis malam tu ktrg wt kejutan untuk makwan..hehe..makwan sedih sbb dier ckp ni la kali pertama org sambut besday dier..hehe..untuk makwan "selamat Hari Lahir yang ke-60"

Gambar sambut Besday


suap Irfan jangan tak suap


Mak wan & pak wan



sebelah kanan ni dato'duta,sebelah kiri ni pulak ustaz sulaiman



gambar dengan student yg nk khirij,sebelum perjumpaan dgn ustaz sulaiman


01 June 2009

Kenapa Aku Diuji????

KENAPA AKU DIUJI ?
" Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman," sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. "

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN ?
" ..... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. "

-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?
" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA KECEWA ??
" Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman. "

-Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA ?
" Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu

dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah

supaya kamu beruntung. "

-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan shalat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu', "

-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI ??
" Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka ..... "

-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ?
" ..... Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal. Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang agung. "

-Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI !!!!!!!!!!
" ..... dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. "

-Surah Yusof ayat 87

If someone loves a flower of which one example exists among all the millions and millions of stars, that's enough to make him happy when he looks at the stars. haniin.....

Sajak Buat Teman

Teman

Persahabatan yang terjalin kini

Hasil kemesraan kita semalam

Andainya ia hancur di ambang esok

Pastinya kita kan bermusuhan adakah perpisahan ini

Menjadi jurang antara kita

Tiada ku tahu kau sebenarnya

Menganggap keakraban kita selama ini

Hanyalah satu permainan

Dan bukannya mahar dalam persahabatan….

Teman

Andainya ada sembilu

Yang pernah menusuk hatimu

Maaf ku pohon

Tapi kiranya ada madu yang terpalit padamu

Jangan kau buangkan ianya

Kerna ianya bisa menjana mindamu…

Mengimbas memori kita bersama

Lantas menjernihkan suasana

Yang mengeruhi kolam persahabatan ini

Teman

Laman pertalian ini kian tandus

Kemesraan makin gersang gurau-senda

Lantas bunga-bunga keakrabannya

Turut layu menyembah bumi

Siramilah ia semula

Dengan air kesetiaanmu

Suburkanlah kembali

Dengan baja kelembutanmu

Tapi usah kau lontarkan ia

Dengan batu keangkuhanmu

Kerana diriku sesungguhnya

Bukan keronsangmu……