24 June 2009

Tips Asas menghadiri Temuduga Kerja Kerajaan..

suatu hari aku telah melayari satu laman web,lalu aku pon terjumpa la menda alah n..lalu aku pon ambil la supaya aku dapat berkongsi dengan kawan-kawan yang bakal menempuh alam pekerjaan....semoga ia dapat membantu kita sewaktu menghadiri temuduga nanti...insyaallah..

Untuk bergelar sebagai penjawat awam,anda perlu melalui temuduga terlebih dahulu samada melalui SPA Persekutuan mahupun SPA Negeri mahupun kementerian/agensi yang terbabit.Apabila anda telah mengisi boring permohonan bagi jawatan dalam SPA,jika berjaya,anda akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Adakah anda membuat persediaan bagi menghadapi temuduga tersebut?tahukah anda bahawa tanpa membuat apa-apa persediaan sebelum menghadiri temuduga,kebarangkalian anda untuk berjaya adalah amat kecil.Itupun jika anda memang dilahirkan sebagai orang yang hebat dan genius.Tidak kira anda berkelulusan luar Negara mahupun dalam Negara,ianya tidak menjamin anda akan lulus temuduga tersebut.

Untuk menghadiri temuduga,anda perlu tahu beberapa perkara asas terlebih dahulu.Disini saya akan berkongsi dengan anda beberapa tips tersebut…

Yang Patut Anda Elakkan Semasa Temuduga:-

Berikut adalah perkara-perkara yang sepatutnya anda elakkan ketika berada dalam bilik temuduga untuk mengelakkan penemuduga barasa bosan dan menyampah kepada anda:

1- Bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan atau tidak kena mengena dengan soalan yang ditanya secara keterlaluan/berlebihan.
2- Tidak memberikan tumpuan/focus kepada penemuduga tertentu apabila ditemuduga lebih dari seorang penemuduga.
3- Mengelak dari menjawab soalan penemuduga atau mengalih perhatian panel dengan bercakap kepada perkara lain.
4- Memandang rendah akan pengetahuan penemuduga konon-kononnya andalah yang terbijak,ini dapat dilihat dengan jawapan yang anda berikan.
5- Menggunakan nama-nama orang berpangkat/besar dalam temuduga anda (kononnya ada kabel besar la ni ) dengan harapan penemuduga tersebut kagum dengan anda
6- Mencabar penemuduga dengan bertanyakan soalan yang rumit dan terlalu teknikal ( sepatutnya panel yang Tanya anda,bukannya anda menanyakan panel..)

Perkara-perkara ini bukan sahaja membosankan dan membengangkan penemuduga,malah dan membuatkan penemuduga merasa muak dengan anda dan seterusnya menggelapkan peluang untuk anda dipilih.Jadi,elakkan perkara-perkara sebegini berlaku!kadangkala kita tidak menyedari apa yang kita buat tu sebenarnya membuatkan orang tidak suka pada kita walaupun kita sendiri merasakannya sangat bagus.

Bersambung di episod akan datang dengan tips yang lebih menarik….

Dipetik dari: Tips asas menghadiri temuduga kerja kerajaan
Oleh : Jamal